SIFE UPSI telah ditubuhkan pada awal Januari tahun 2011 dengan jumlah seramai 7 orang ahli sahaja pada awal penubuhannya. Selepas 7 orang ahli mendapat latihan dan pendedahan sebenar tentang SIFE di Pulau Pangkor (SIFE REGIONAL TEAM TRAINING 2011, NORTHEN) SIFE UPSI telah berkembang cepat, dengan ahlinya seramai 67 orang sehingga tahun 2012,selepas pencarian ahli dilakukan dengan sesi "interview". Penyertaan ahli adalah terbuka kepada semua mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris yang berminat dengan SIFE. Sejak ditubuhkan SIFE UPSI, ia telah berjaya menjalankan empat projek dibawah seliaan empat orang Pengarah Projek iaitu projek Banding Inspiration Homestay (Perkampungan Orang Asli Perak), Ayam Kampung Breeding (Kampung Lambak, Tanjung Malim) ,3Ps.Marketing (Penjara Tapah, Perak), dan Marketing OKU Products (dalam proses). Fokus utama SIFE UPSI adalah untuk membantu komuniti yang berpendapatan rendah dan mereka yang ingin mengubah kehidupan mereka kearah yang lebih baik. Pasukan SIFE UPSI akan membantu mereka dari sudut tenaga dan tunjuk ajar agar membolehkan mereka mendapat kehidupan yang lebih baik dan bersaing dalam kehidupan seharian mereka dengan dunia keusahawanan sebenar.
KEJAYAAN DALAM SIFE MALAYSIA NATIONAL EXPOTITION
AWARD | TAHUN |
SPIRIT AWARD | 2011 |
FAKULTY ADVISOR FELLOW OF THE YEAR | 2011 |
ROOKIE OF THE YEAR | 2011 |
COMPETING TEAM | 2011 |
ALL STAR AWARD | 2012 |
COMPETING TEAM | 2012 |